Eksperimen Pengembangan Belon
23 Julai 2023 | Aktiviti TerkiniPada 22 Julai 2023, telah diadakan Pembelajaran yang bertajuk “Eksperimen Pengembangan Belon” bertempat di PEDi Felda Pasoh 2. Sesi pembelajaran ini bermula dari jam 4.30 Petang hingga 5.30 petang.
Pembelajaran kali ini Bersama peserta sekolah rendah Felda Pasoh 2. Kali ini Staf PEDi membuat eksperimen menggunakan tepung soda bikarbonat, cuka, botol air kosong dan belon. Setiap peserta diberi peranan untuk membuat eksperimen dengan pemantauan staf PEDi. Kerjasama dan ketelitian para peserta melakukan eksperimen mendatangkan hasil, belon Berjaya mengembang. Staf PEDi memberi penerangan mengenai campuran soda dan bikarbonat menghasilkan udara iaitu karbon dioksida menyebabkan belon boleh mengembang tanpa perlu ditiup.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: